Categories
SELANGOR

Taman Perindustrian Pulau Indah catat jualan menggalakkan

OLEH LIZAWATI MADFA

KLANG, 4 JULAI: Taman Perindustrian Pulau Indah (Pulau Indah Industrial Park-PIIP) yang dibangunkan menerusi tiga fasa terus mencatatkan perkembangan positif dengan jualan amat memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmud Abbas berkata, kesemua Fasa 3A sudah habis dijual sementara Fasa 3C sudah terjual sebanyak 70 peratus, setakat ini.

“Kita yakin Fasa 3C juga akan mengikut jejak langkah sama, begitu juga dengan Fasa 3B yang akan dimulakan menjelang akhir 2018 nanti,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, beliau mewakili Central Spectrum bagi menyempurnakan Majlis Menandatangani Penganugerahan Kerja Infrastruktur Fasa 3C kepada KPS-HCM Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Pulau IndahCentral Spectrum turut diwakili Pengurus Besar Pembangunan Projek, Noor Azhuril Adnan sementara KPS-HCM diwakili Pengarahnya, Dato’ Jamal Dato’ Nasir dan Pengurus Besar, Mohd Norli Md Salleh.

Central Spectrum bertanggungjawab membangunkan PIIP yang berkeluasan 3,500 ekar dengan menjana nilai pelaburan sebanyak RM15 bilion dalam tempoh 20 tahun.

Meliputi 800 ekar, Fasa 3 dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.2 bilion serta nilai pelaburan dianggar RM3 bilion.

=EZY=