Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Air oh air…

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 OGOS: Penduduk di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 berharap Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyelesaikan isu paip bocor yang menyebabkan gangguan air di kawasan itu.

Penduduk mendakwa, 20 aduan sudah dipanjangkan kepada pihak terbabit, namun sehingga kini tiada respon.

Penduduk, Nur Aini Fauzi berkata, masalah kebocoran menyebabkan tekanan air perlahan, sekali gus menyukarkan penduduk melakukan urusan seharian.

“Saya ada anak kecil dan jika keadaan ini berterusan tanpa tindakan, memang akan menyukarkan kehidupan penduduk setempat.

“Lebih mengecewakan, sampai nak masak pun kena tadah air sehingga setengah jam,” kesalnya.

IMG_6619Seorang lagi penduduk, Ridhwan Ismail berkata, pasukan khas SYABAS ada melakukan tinjauan, baru-baru ini dan mengakui wujud kebocoran sistem aliran paip di perumahan itu.

“SYABAS melakukan tinjauan, pada 12 Ogos lalu dan memaklumkan ada kebocoran serta akan menghantar pasukan untuk menyiasat,” katanya.

SelangorKini turut mendapatkan respon Ahli Dewan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafie membabitkan gangguan air di kawasan itu.

“Saya akan semak fakta terlebih dahulu,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp, pagi ini.

Sementara SYABAS dalam respon ringkasnya memaklumkan, aduan berhubung permasalahan itu sudah diterima untuk diajukan kepada jabatan berkaitan.

IMG_6621 IMG_6627