Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia teruskan momentum lemah

KUALA LUMPUR 30 OGOS: Ketegangan antara Korea Utara dengan Amerika Syarikat (AS) merebak ke sentimen pelabur pasaran tempatan di tengah-tengah dagangan pendek Malaysia yang bakal menyambut cuti am panjang.

Bursa Malaysia dibuka 2.55 mata lebih rendah kepada 1,758.59.

Sekitar lima minit dagangan bermula iaitu pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lega dengan penurunan kecil 1.54 mata kepada 1,759.60 berbanding paras penutup semalam.

bursa-sahamIndeks berakhir pada 1,761.14 semalam.

Prestasi dagangan secara keseluruhannya menyaksikan kaunter untung lebih tinggi sedikit berbanding kaunter rugi pada 127 kaunter berbanding 107 kaunter, dengan 129 kaunter tidak berubah, 1,476 kaunter tidak didagangkan dan 46 digantung.

SUMBER: BERNAMA