Categories
SELANGOR

Ekonomi kukuh, MBI tabur bakti untuk rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

BATU CAVES, 18 OGOS: Pencapaian cemerlang dalam ekonomi membuka ruang Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menganjur dan menyumbang dalam pelbagai program kemasyarakat demi manfaat rakyat Selangor.

Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin berkata, dengan pendekatan itu MBI dan anak syarikat Kerajaan Negeri dapat berkongsi hasil mahsul negeri seperti program lembu korban sempena Aldiladha peringkat Selangor pada tahun ini.

“MBI dan anak syarikat Kerajaan Negeri mendapat peluang menabur khidmat bakti kepada rakyat dengan kita menyumbang RM6.4 juta untuk 1,180 ekor lembu korban yang akan diagihkan di masjid dan surau di Selangor.

KORBAN SELAYANG (4)“Usaha ini menunjukkan bahawa MBI dan anak syarikat Kerajaan Negeri mencapai tahap kewangan kukuh dan dapat terus menyumbang kepada rakyat Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Aidiladha peringkat Selangor di Masjid Selayang Baru, di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Soffan Affendi berkata, program dijalankan itu adalah susulan daripada program dibuat MBI sebelum ini iaitu antaranya insentif mengerjakan haji dan sumbangan kepada mahasiswa.

“Kita berharap usaha ini dapat diteruskan dan diterima baik rakyat,” katanya.