Categories
NASIONAL

Majlis Presiden akan bincang isu Hindraf dan HARAPAN

OLEH HAFIZAN TAIB

BATU CAVES, 18 OGOS: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas pertemuan antara Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpian Hindraf kerana tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.

“Saya tidak pasti (pertemuan itu) kerana bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam.

“Saya tidak tahu apa berlaku,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Aidliadha peringkat Selangor di Masjid Selayang Baru, di sini, hari ini.

azmin-parlimenMenurut laporan media, difahamkan berlaku pertemuan antara mantan perdana menteri itu bersama pimpinan kanan Hindraf bagi menjalin kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Mengulas lanjut kemungkinan wujud kerjasama antara Hindraf dan HARAPAN, Dato’ Menteri Besar Selangor itu menyatakan, perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN yang akan diadakan, dalam masa terdekat ini.

“Perkara ini (kerjasama dengan Hindraf) perlu dibincangkan terlebih dahulu degan HARAPAN.

“Kita ada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN dalam masa terdekat dan sekiranya perkara ini ada dalam agenda mesyuarat, maka ia akan dibincangkan,” katanya.