Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Hari Terbuka UNISEL meriah dan menarik

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 26 OGOS: Seramai 700 pelajar daripada 20 buah Sekolah Menengah di Selangor hadir di Hari Terbuka Universiti Selangor (UNISEL) 2.0 bagi menyertai slot program Bual Bicara Akademik.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, program itu adalah salah satu slot yang dijayakan pada Hari Terbuka UNISEL 2.0 bermula hari ini hingga esok.

Katanya, bual bicara akademik adalah program khusus untuk pelajar sekolah menerima pendedahan mengenai UNISEL.

“Tujuannya adalah untuk kita dedahkan kepada mereka tentang kelebihan yang terhadapt ini sini dan ini juga adalah peluang untuk mereka bertanya lebih lanjut tentang tawaran pengajian, kursus serta kelebihan jika mereka belajar sini.

“Jika mereka anak Selangor, maka lebih banyaklah kelebihan-kelebihan menarik seperti untuk tahun asas mereka diberi pendidikan percuma di bawah Skim Dermasiswa Unisel.

DSC_3870-1280x853“Selain itu, mereka juga akan dapat hadiah anak masuk universiti dan bantuan wang sara diri selama tiga bulan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui dalam Karnival Hari Terbuka UNISEL 2.0 di Kampus Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, menariknya kali ini pengunjung turut berpeluang berhibur menerusi Konsert Amal GeMS dan Konsert The Stage Media Hiburan.

“Konsert ini akan menampilkan artis terkenal seperti Amira Othman, Aiman Tino, Hakim Rusli, Akhil Hayy, Dayang Nurfaizah, Ramli Sarip, Wani Hasrita, Syamel AF, Lan Kristal dan Irfan Haris.

“Selain berhibur, kita berlangsung beberapa slot hiburan ilmiah serta bicara kemerderkaan memandangkan kita kini masih di bulan Ogos untuk menyuntik semangat patriotik di kalangan pengunjung,” katanya.
unisel-prof-redzuanNaib Canselor UNISEL, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman dalam ucapannya berkata, karnival itu juga adalah sebahagian inisiatif pihaknya mempamerkan kepada masyarakat kegiataan yang sedang diusahakan oleh UNISEL.

“UNISEL sebagai sebuah universiti milik penuh Kerajaan Selangor cuba sedaya mungkin memberikan manafaat pendidikan kepada warga Selangor dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

=EZY=