Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jamal buktikan Selangor sedia pendidikan terbaik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 OGOS: Tindakan Datuk Seri Jamal Yunos cuba memburukkan imej Kerajaan Negeri berhubung ‘kelemahan’ aspek dasar pendidikan di Universiti Selangor (UNISEL) hanya menampakkan kedangkalan Pengerusi Umno Barisan Nasional Sungai Besar itu.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, pengakuan Jamal yang mendedahkan tiga anak saudaranya kini menuntut di universiti itu menggambarkan kepercayaan beliau terhadap kredibiliti pendidikan, di sana.

Beliau berkata, ia sekali gus membuktikan Jamal mengakui bahawa UNISEL sebagai sebuah insititusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri yang berada di kelasnya tersendiri dan menjadi pilihan masyarakat kini.

“Datuk Seri Jamal mengakui bahawa tiga anak saudaranya kini sedang menuntut di UNISEL.

“Jika dipandang daripada sudut positif Jamal nampaknya mengakui dan mempercayai kualiti standard pendidikan juga tenaga pengajar, di UNISEL,” katanya ketika ditemubual TVSelangor.

Kampus-UNISEL-604x270Semalam, Jamal mengadakan demostrasi di Kampus UNISEL Bestari Jaya menuntut Kerajaan Negeri mengotakan manifesto pendidikan percuma, di negeri itu.

Bagaimanapun Hasril mendedahkan, pengajian Skim Dermasiswa dilaksanakan di UNISEL membuka peluang kepada mahasiswa mengikuti pengajian percuma di peringkat asasi.

Hasril berkata, mahasiswa diberi tawaran pendidikan percuma RM12,000 untuk tempoh setahun bidang pengajian.

UNISEL sebelum ini membelanjakan lebih RM912,000 bagi kemasukan pengajian pendidikan percuma, bagi sesi Mei 2016 lalu.

Jumlah berkenaan meliputi bidang pengajian Sains dan Teknologi Maklumat.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam sesi pergulungan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri berkata, inisiatif pendidikan percuma sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

Beliau berkata, pelaksanannya juga diwujudkan bagi mengukuhkan peranan Agenda Merakyatkan Pendidikan di Selangor di bawah peruntukan RM3.9 juta bagi membiayai mahasiswa berkelayakan di bawah program Skim Dermasiswa.