Categories
SELANGOR

Kebakaran Sekinchan: Setiap keluarga terima bantuan RM1,000

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 28 OGOS: Lima keluarga terlibat tragedi kebakaran di Taman Ria Sekinchan, di sini, menerima bantuan kecemasan berjumlah RM1,000 setiap keluarga.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, ia merupakan sebahagian usaha awal pihaknya bagi meringankan beban mangsa yang kini dalam kesulitan dan kebuntuan.

Katanya, pihaknya juga sudah memanjangkan semua permohonan bantuan bencana kepada pihak berwajib termasuk Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ng Suee Lim“Saya sangat simpati dan prihatin dengan kejadian kebakaran yang berlaku petang semalam.

“Diharap mangsa kebakaran dapat bersabar menghadapi ujian getir ini sementara kita akan membantu sedayanya,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, bantuan kecemasan ADN Sekinchan disampaikan Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam, Wong Ah Chia yang turut menziarahi mangsa.

Semalam, sebanyak lima rumah teres terbakar dalam satu kejadian di Taman Ria Sekinchan, kira-kira jam 5.05 petang.

21150162_10213454426055817_4149293713859172751_nKebakaran disyaki bermula di bahagian loteng salah sebuah rumah yang diperbuat daripada kayu.

Bomba dalam satu kenyataan berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian.