Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPAJ sedia 9 pusat operasi bayar cukai taksiran

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan sembilan pusat operasi pembayaran cukai taksiran di kawasan perbandarannya.

Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain berkata, kesemua pemilik harta di kawasan pihak majlis boleh memanfaatkan kaunter cukai taksiran yang dibuka pihak berkuasa tempatan itu pada tempoh waktu ditetapkan.

Beliau berkata, MPAJ juga sudah menghantar 120,669 bilangan Cukai Taksiran bagi Penggal 2/2017 kepada pemilik harta di kawasan pentadbiran pihak majlis.

“Pemilik harta boleh menjelaskan cukai taksiran melalui Kaunter Bayaran Tingkat 4 Menara MPAJ, Pejabat Cawangan Melawati, Kaunter Pandu lalu Menara MPAJ, dan Kaunter-Kaunter PBT Negeri Selangor.

“Selain itu di kaunter bergerak MPAJ, pembayaran online di bank-bank, kad kredit dan melalui kaedah ICOMM.

“Diingatkan supaya pemilik harta ini menjelaskan cuka taksiran dengan segera bagi imengelakkan harta disita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya sempena Mesyuarat Penuh MPAJ, baru-baru ini.

=EZY=