Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Penganjuran Selangor Mega Food Festival sentiasa diperbaiki

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 OGOS: Penganjuran Selangor Mega Food Festival 2017 sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa sejak penganjuran pada kali pertama pada 2015.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, pesta makanan No 1 Malaysia itu berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan sangat memberangsangkan.

IMG_9107Beliau pada masa sama memohon maaf kepada pengunjung acara itu ekoran Program Kendurian tidak dapat diadakan atas sebab-sebab tertentu.

“Saya sebagai wakil penganjur dan Kerajaan Negeri memohon maaf atas isu yang berlaku ini, kita melihat walaupun terdapat isu ini namun kehadiran pengunjung sangat memberangsangkan,”

“Namun, festival ini tidak kurangnya dengan pelbagai makanan lain yang bercirikan urban, tradisi dan kontemporari,” katanya di Selangor Mega Food Festival yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan, di sini, malam tadi.

IMG_9093Sementara itu, penganjur program ‘Kendurian Makan Sampai Pengsan’ mengambil keputusan melelong kira-kira 15 tan durian selepas terpaksa menangguhkan program terbabit ekoran buah durian itu mengkal atau tidak masak sepenuhnya.

Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kerugian yang teruk selain mendapat permintaan daripada pelanggan yang mahu raja buah terbabit dilelong.

=EZY=