Categories
GLOBAL

Qatar umum 80 negara bebas visa

DOHA 9 OGOS: Kerajaan Qatar mengumumkan program kemasukan bebas visa bagi rakyat 80 negara untuk merangsang pengangkutan udara dan pelancongan.

“Skim pengecualian visa akan menjadikan Qatar negara paling terbuka di rantau ini,” kata pegawai jabatan pelancongan, Hassan al-Ibrahim, kepada sidang akhbar di Doha, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Mohamed Rashed al-Mazroui, berkata rakyat 80 negara itu cuma perlu menyerahkan pasport sah bagi kemasukan ke negara itu yang bakal menjadi hos Kejohanan Piala Dunia 2022.

Lapan puluh negara itu tidak dinamakan dan sama ada tarikh program itu berkuat kuasa, tetapi akhbar Qatar berkata, kebanyakannya rakyat negara Barat.

Qatar AirwaysRakyat 33 negara akan dibenarkan menetap di negara itu selama 180 hari dan 47 lagi selama 30 hari.

Mazroui berkata, negara berkenaan dipilih berdasarkan keselamatan dan ekonomi, atau kuasa membeli rakyatnya.

Pengarah syarikat penerbangan Qatar Airways, Akbar al-Baker, berkata syarikatnya yang merancang meluaskan rangkaian ke 62 destinasi baru, akan mendapat manfaat daripada skim itu.

Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir, sejak 5 Jun lalu memulaukan Qatar, menuduh negara itu menyokong kumpulan pengganas dan berhubung rapat dengan Iran namun Qatar menafikan tuduhan itu.

=EZY=