Categories
EKONOMI

Taufan Harvey: Minyak mentah global jatuh 1.5%

NEW YORK 30 OGOS: Minyak mentah jatuh lebih 1.5 peratus lebih rendah semalam apabila pasaran semakin tenat dengan penutupan lebih 16 peratus kapasiti pengeluaran penyulingan di Amerika Syarikat.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia susulan Taufan Harvey melanda teluk negara itu yang menempatkan aset strategik utama industri penyulingan minyak AS.

Kebimbangan terhadap kegagalan operasi penyulingan AS menekan harga minyak mentah dunia jatuh dengan ketara walaupun berlaku gangguan bagi pengeluaran minyak di beberapa negara lain yang seharusnya memberikan sokongan kepada harga minyak.

Dagangan hadapan minyak mentah WTI menjunam 62 cent atau 1.3 peratus kepada AS$45.95 setong pada 1634 GMT.

Penanda aras minyak mentah antarabangsa Brent turut jatuh 20 cent atau 0.4 peratus kepada AS$51.69 setong.

Diskaun WTI berbanding Brent naik kepada hampir AS$6 setong iaitu paras diskaun paling besarnya dalam tempoh dua tahun.

=EZY=