Categories
GLOBAL

Taufan Harvey tinggalkan kerosakan besar di Texas

CORPUS CHRISTI, Amerika Syarikat 27 OGOS: Taufan Harvey yang membadai Texas kelmarin menyebabkan kerosakan besar.

Taufan itu yang paling kuat membadai tanah besar AS dalam tempoh 10 tahun, memusnahkan kediaman dan bekalan tenaga, menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih selamat, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Pusat Taufan Nasional dalam satu kenyataan berkata, Harvey bermula pada tahap empat di pekan Rockport dengan kelajuan angin 215 kilometer sejam (kmh), sebelum menuju ke bahagian utara pada tahap ketiga dengan kelajuan angin 201km.

Beberapa jam selepas itu, kekuatan taufan mula berkurangan dan berada pada tahap satu ketika bergerak ke bahagian selatan dengan kelajuan 120km.

21106533_2067384306637312_4060743965343833848_nPakar menjangkakan sebahagian besar Texas berpotensi dilanda banjir dalam jangka masa terdekat manakala beberapa kawasan kejiranan dilaporkan dilanda puting beliung.

Pasukan bantuan kecemasan juga dilaporkan berdepan kesukaran untuk melakukan operasi menyelamat berikutan hujan lebat masih berterusan.

Presiden Donald Trump yang mengambil iktibar daripada kelemahan George W Bush ketika menangani bencana Taufan Katrina, berkata beliau sentiasa memantau perkembangan misi bantuan dan menggesa orang ramai untuk sentiasa mengutamakan keselamatan.

=EZY=