Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

UNISEL kekal kukuh, pertahan intergriti kecermelangan akademik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 25 OGOS: Universiti Selangor (UNISEL) mendukung sepenuhnya pucuk pimpinan Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman walaupun pelbagai tekanan dikenakan terhadap universiti milik Kerajaan Negeri itu, kini.

Presiden Persatuan Akademik dan Profesional UNISEL, Profesor Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi berkata, kepercayaan warga kerja UNISEL terhadap pentadbiran beliau kekal utuh selepas diberi kepercayaan mencorak kecermelangan universiti itu.

Beliau berkata, pentadbiran universiti itu juga terus kekal melaksanakan tanggungjawab untuk memberikan pendidikan terbaik kepada mahasiswanya.

“Prof Mohammad Redzuan terkenal sebagai individu yang sangat telus dan berintergriti kerana sepanjang beliau berada di UNISEL, pelbagai kecemerlangan dibawa.

UNISEL (1)“Semua elemen kualiti dan kecemerlangan diserap ke dalam UNISEL menerusi pelbagai penubuhan dan pembaharuan demi manfaat jangka panjang warga kerja, pendidik serta mahasiswa.

“Walaupun pelbagai tekanan dan cabaran berlaku, namun Prof Mohammad Redzuan mempunyai kemampuan sebagai pemimpin dan pendidik yang hebat juga boleh dipercayai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di Lobi Utama UNISEL, kampus Shah Alam, pagi ini sebagai mengulas serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membabitkan pertikaian kontrak bersama Jana Niaga Sdn Bhd.

Dr Mohd Zaidi berkata, sepanjang tempoh setahun pentadbiran Dr Mohammad Redzuan, antara pembaharuan kecemerlangan diteruskan merangkumi aspek pengurusan dan budaya integriti tinggi.

“Di bawah pentadbiran beliau, UNISEL merangka untuk memperkenalkan ISO 2015 dengan meletakkan semua agensi, pusat, unit dan fakulti di UNISEL akan menggunakan ISO.

UNISEL (3)“Tujuannya sebagai jaminan ketelusan dan penuh intergriti, justeru semua isu yang ditimbulkan pihak berkenaan akan ditangani sistem yang sagat telus tanpa berlakunya penyelewengan,” katanya.

Dr Mohammad Redzuan menerajui pentadbiran UNISEL sebagai Naib Canselor UNISEL ketujuh menggantikan Profesor Dr Anuar Ahmad, Naib Canselor UNISEL keenam, yang tamat tempoh perkhidmatannya, pada 15 Disember 2015.

Beliau memiliki Sarjana Muda Sejarah dari Universiti Malaya (1981), Sarjana dari University of London, United Kingdom (1987) dan Ijazah Kedoktoran Falsafah dari Edinburgh University, United Kingdom (1994) dengan pengkhususan dalam bidang Sejarah.

Beliau berkecimpung dalam bidang akademik selama lebih 30 tahun dan menyandang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pengarah UMCEDE, pada tahun 2014.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan itu sebelum ini dipecat Kerajaan Persekutuan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) membabitkan kajian UMCedel yang didakwa memihak kepada PAKATAN.