Categories
SELANGOR

Video tikus tular belum sahih berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 OGOS: Belum dapat disahihkan lagi sama ada benar video tular yang memaparkan seekor tikus sedang makan berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Pengarah HTAR, Dr Ding Lay Ming bagaimanapun mendedahkan pihak hospital maklum berhubung penularan video itu.

Katanya, pihak hospital sudah mengarahkan kantin yang dikendalikan operator luar menghentikan operasi bagi kerja pembersihan.

tikus“Saya tak tahu dari mana ia (video) datang tetapi akan mengarahkan mereka (operator kantin) membersihkan kantin.

“Kami akan membuat rutin pembersihan kantin. Video ini, saya ambil peluang untuk memastikan operator membersihkan kantin dengan teliti,” katanya.

Dilaporkan, tempoh penutupan berkuatkuasa serta-merta sehingga kerja pembersihan premis selesai, pada 1 September ini.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan seekor tikus sedang makan di atas sekeping kobis, di kaunter makanan.

Kejadian didakwa dirakam di kantin HTAR, namun tidak dapat dipastikan waktu dan tempat video kejadian dirakam.