Categories
GLOBAL

Amerika setuju perkukuh sistem pertahanan Korea Selatan

WASHINGTON 3 SEPT: Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengukuhkan pertahanan Korea Selatan dengan membenarkan penjualan senjata AS bernilai berbilion dolar ke negara itu.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan ia beberapa hari selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu melintasi ruang udara Jepun sambil mengancam untuk melakukan lebih banyak pelancaran.

Di Seoul, jurucakap Blue House mengesahkan, Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Moon Jae-in bersetuju meningkatkan keupayaan negara itu untuk mendepani ancaman Korea Utara.

Pada Selasa lalu, Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana Hwasong-12 yang melintasi ruang udara Jepun sebelum jatuh di perairan utara wilayah Hokkaido.

Korea UtaraPelancaran itu dilakukan ketika Korea Selatan dan AS hampir menamatkan latihan ketenteraan di Semenanjung Korea yang dianggap oleh Korea Utara sebagai latihan untuk melakukan penaklukan terhadap negera itu.

Trump menyifatkan perbincangan tidak akan menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi meredakan ke­tegangan yang berlaku.

White House dalam kenyataannya berkata, Trump dan Jae-in telah berbincang dalam telefon tentang tingkah laku tidak ‘stabil’ yang ditunjukkan oleh kan oleh Korea Utara.

“Kedua-dua pemimpin ini bersetuju menjalin kerjasama dan memperkuatkan ke­upayaan pertahanan Korea Selatan melalui hubungan diplomatik.

Peluru Korea Utara“Presiden Trump menyatakan persetujuan pada prinsipnya untuk meluluskan pembelian peralatan ketenteraan AS yang bernilai berbilion dolar,” kata kenyataan tersebut.

Jurucakap Seoul, Park Soo-hyun berkata, pihaknya telah mencapai persetujuan supaya kelonggaran diberikan terhadap had maksimum keupayaan peluru balistik Korea Selatan yang dikenakan sebelum ini untuk mengelak perlumbaan senjata di ranatu berkenaan.

Sebelum ini, di bawah perjanjian dua hala antara AS dan Seoul, keupayaan peluru balistik adalah dihadkan kepada jarak maksimum 800 kilomter dengan muatan 500 kilogram.

Korea Selatan memohon supaya keupayaan kepala peluru berpandu ditambah sekali ganda kepada satu tan yang kini dalam pertimbangan Pentagon.

=EZY=