Categories
NASIONAL

Anwar: Bergerak ikut prinsip musyawarah dan hikmah

SHAH ALAM 2 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pimpinan KEADILAN perlu bergerak atas prinsip musyawarah dan harus menangani kegelisahan yang disuarakan dan sentimen umat dengan penuh hikmah.

Katanya apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik KEADILAN sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru.

“Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.”

“Mengenai Kongres Khas- Kemusykilan saya adalah keperluannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku,” kata Anwar dalam kenyataan media.

https://selangorkini.my/2017/09/isu-kerjasama-keadilan-dan-pas/

Anwar berkata beliau memohon pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan untuk memberikan sedikit ruang kepada Presiden dan pimpinan untuk memberi penjelasan dan menentukan dasar dan arah selanjutnya selaras dengan pendirian KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan.

“Semua tindakan seterusnya harus diadakan menurut saluran parti,” katanya.

BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA PENUH ANWAR : https://selangorkini.my/2017/09/isu-kerjasama-keadilan-dan-pas/

=EZY