Categories
EKONOMI

Bursa Malaysia diniaga 1,771.39 mata

KUALA LUMPUR 25 SEPT: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi disebabkan ringgit yang mengukuh, kata peniaga.

FBM KLCI dibuka pada 1,771.39, berbanding 1,771.04 pada Khamis.

Pada 9.54 pagi, indeks berkenaan 0.72 mata lebih rendah pada 1,770.32.

Ringgit dibuka kukuh berikutan harga minyak mentah yang terus pulih, kata seorang peniaga.

Pada 10.30 pagi hari ini, terdapat 215 kaunter untung, 361 kaunter rugi dan 320 kaunter tidak diniagakan di Bursa Malaysia.

Jumlah dagangan, pada 866.474 juta saham pada RM490.862 juta.

SUMBER: BERNAMA