Categories
GLOBAL

EgyptAir tarik balik larangan bawa peranti elektronik

GLOBAL 3 SEPT: Penumpang EgyptAir dari Kaherah ke Britain akan dibenarkan membawa peranti elektronik peribadi dalam kabin pesawat.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan EgyptAir dalam kenyataan berkata, larangan membawa komputer riba untuk penumpang EgyptAir dari Kaherah ke Britain akan ditarik semula.

Kenyataan yang memetik sumber sebagai berkata, penarikan semula larangan tersebut berkuat kuasa 3 September bagi semua penerbangan EgyptAir dari Kaherah ke United Kingdom.

Katanya, keputusan menarik semula larangan terbabit dibuat selepas pihak berkuasa pengangkutan UK meluluskan langkah keselamatan yang dilaksanakan bagi semua penerbangan syarikat itu ke London.

EgyptairAmerika Syarikat (AS) pada bulan Mac lalu melarang penggunaan peranti elektronik dan komputer riba bagi penerbangan ke lapan negara Afrika Utara dan Asia Barat pada Mac lalu.

Ia berdasarkan maklumat risikan bahawa militan Daesh cuba melakukan serangan bom menggunakan peralatan berkenaan.

Larangan itu kemudiannya turut dilaksanakan oleh Britain melibatkan semua penerbangĀ­an terus dari Turki, Jordan, Mesir, Lubnan, Arab Saudi dan Tunisia ke negara itu .

AS pada bulan Julai lalu, bagaimanapun menarik balik larangan itu.

=EZY=