Categories
GLOBAL

EgyptAir tarik balik larangan bawa peranti elektronik

GLOBAL 3 SEPT: Penumpang EgyptAir dari Kaherah ke Britain akan dibenarkan membawa peranti elektronik peribadi dalam kabin pesawat.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan EgyptAir dalam kenyataan berkata, larangan membawa komputer riba untuk penumpang EgyptAir dari Kaherah ke Britain akan ditarik semula.

Kenyataan yang memetik sumber sebagai berkata, penarikan semula larangan tersebut berkuat kuasa 3 September bagi semua penerbangan EgyptAir dari Kaherah ke United Kingdom.

Katanya, keputusan menarik semula larangan terbabit dibuat selepas pihak berkuasa pengangkutan UK meluluskan langkah keselamatan yang dilaksanakan bagi semua penerbangan syarikat itu ke London.

EgyptairAmerika Syarikat (AS) pada bulan Mac lalu melarang penggunaan peranti elektronik dan komputer riba bagi penerbangan ke lapan negara Afrika Utara dan Asia Barat pada Mac lalu.

Ia berdasarkan maklumat risikan bahawa militan Daesh cuba melakukan serangan bom menggunakan peralatan berkenaan.

Larangan itu kemudiannya turut dilaksanakan oleh Britain melibatkan semua penerbang­an terus dari Turki, Jordan, Mesir, Lubnan, Arab Saudi dan Tunisia ke negara itu .

AS pada bulan Julai lalu, bagaimanapun menarik balik larangan itu.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Nahas EgyptAir kemalangan bukan diletupkan- Penyiasat Perancis

PARIS 6 MEI: Tiada kesan letupan ditemui pada mayat mangsa penumpang pesawat EgyptAir, yang terhempas di Laut Mediterranean, pada Mei tahun lalu.

Agensi Berita Antarangsa AFP melaporkan menurut sumber siasatan bagi pihak Perancis, pendedahan terbabit ‘menutup pintu’ kepada teori Mesir bahawa pesawat Airbus A320 berkenaan diletupkan di udara ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah, yang mengorbankan semua 66 anak kapal serta penumpang.

Pesawat EgyptAir MS804 hilang daripada radar ketika melalui Laut Mediterranean pada 19 Mei tahun lalu dan kemudiannya didapati terhempas di kawasan di antara Crete dan pesisir utara Mesir.

“Tiada alat peledak ditemui di atas pesawat kerana tiada kesan serbuk letupan ditemui polis dalam sampel yang diambil daripada mayat lapan daripada 15 warga Perancis yang terbunuh,” kata sumber itu.

Pihak berkuasa Mesir menyerahkan mayat mangsa kepada keluarga mereka, Januari lalu.

Pada Disember lalu, wakil jawatankuasa siasatan Mesir berkata, mereka menemui kesan letupan pada mayat mangsa, namun ketika itu pasukan penyiasat Perancis enggan membuat kesimpulan membabitkan punca nahas.

Pasukan penyiasat Perancis lebih cenderung kepada punca masalah mekanikal dan berkata, api tercetus dalam atau berhampiran kokpit pesawat, sebelum ia menjunam dari ketinggian 22,000 kaki.

“Ketika ini, api atau pembakaran sendiri tablet dalam kokpit adalah hipotesis kami, namun kami memerlukan beberapa elemen untuk mengesahkannya seperti serpihan kabin atau perakam penerbangan dan Mesir seolah-olah tidak mahu bekerjasama,” kata sumber itu.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Tiada perkembangan misteri kehilangan MS804

SHAH ALAM, 19 MEI: Pesawat EgyptAir dipercayai membawa 66 penumpang termasuk anak kapal dari Paris ke Kaherah hilang dari radar sejurus berlepas pada malam Rabu, waktu tempatan.

Berdasarkan maklumat dari flightradar24.com, pesawat dengan kod penerbangan MS804 itu adalah Airbus A320.

Menurut sumber, pesawat gagal dikesan ketika terbang pada ketinggian 11.300 meter di wilayah Mediteranian di bahagiann timur atau sekitar 16 kilometer dari wilayah udara Mesir.

egyptPesawat terbabit difahamkan putus hubungan dengan pihak berkuasa di Mesir pada kira-kira jam 2.45 pagi.

Setakat ini, tiada perkembangan lanjut diterima berhubung nasib semua penumpang di dalam pesawat terbabit yang turut disertai 10 anak kapal.

Kejadian terbaru itu adalah yang kedua membabitkan pesawat dari syarikat sama di mana sebelum ini kapal terbangnya dirampas seorang penumpang bersenjata dalam penerbangan dari iskandariah, mesir ke Kaherah.

Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) dalam Twitternya @EASA meyatakan ‘Menyedari laporan media mengenai Egyptair penerbangan #MS804. Tiada info lanjut pada peringkat ini. Mengikuti perkembangan dengan teliti (Aware of the media reports concerning Egyptair flight #MS804. No further Information at this stage. Following the developments very closely)’.