Categories
GLOBAL

Erdogan: Kita boleh bina khemah pelarian Rohingya lebih sempurna

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 9 SEPT: Turki menyasarkan untuk membina khemah pelarian yang lebih sempurna dan selesa kepada pelarian Rohingya ketika bantuan disalurkan negara itu dipertingkatkan secara berterusan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan perkara demikian pada Jumaat kepada media di Lapangan Terbang Atarurk sebelum berlepas ke Kazakhtan, lapor Agensi Berita Turki ANADOLU POST.

Turki mempertingkatkan usaha diplomasi pelbagai saluran di peringkat antarabangsa bagi membawa isu kemanusian pelarian Rohingya mendapat perhatian global untuk penyelesaian terbaik dan menyeluruh.

Erdogan berkata khemah pelarian di Bangladesh kini tidak sesuai untuk dihuni sambil menambah pengalaman negara itu menyediakan khemah pelarian Syria berjumlah tiga juta orang selama lebih enam tahun.

Erdogan Syu KiErdogan turut berkata bahawa usaha intensif Turki telah mula membuahkan hasil apabila Agensi Kerjasama dan Penyelarasan Turki (TIKA) dibenarkan mengedarkan makanan dan pakaian di negara Rakhine, beberapa jam selepas panggilan telefon Erdogan dengan Penasihat Negeri Myanmar Aung San Suu Kyi mengenai pelanggaran baru-baru ini hak manusia.

“TIKA telah mengagihkan 1,000 tan bantuan kemanusiaan. Pada fasa kedua, kami merancang untuk mengedarkan 10,000 tan makanan, ubat dan pakaian, ” katanya.

Erdogan menambah bahawa Turki terus membincangkan isu ini dengan pemimpin dunia sebagai agensi bantuan Turki menyampaikan bantuan penting kepada pelarian.

Bantuan Turki1 Kira-kira 270,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejak dua minggu lalu sahaja, seramai 164,000 penduduk Islam Rohingya memasuki Bangladesh, mengakibatkan situasi di kem-kem pelarian yang sesak menjadi bertambah buruk.

Ratusan lagi terkorban ketika cuba melarikan diri daripada pertempuran di

Kem-kem di sempadan Bangladesh itu telahpun mempunyai seramai 400,000 pelarian sebelum kebanjiran terbaharu tersebut dan tidak mempunyai ruang untuk menampung lebih ramai etnik Rohingya.

Bantuan Turki2Keadaan menjadi bertambah buruk apabila beribu-ribu pelarian Rohingya itu tiada tempat berlindung daripada hujan monsun.

Angka terkini PBB membayangkan bahawa suku daripada 1.1 juta etnik Islam Rohingya Islam di Rakhine telah melarikan diri sejak Oktober 2016.

=EZY=