Categories
GLOBAL

Taufan Irma: Jutaan rakyat AS larikan diri, bagai dalam filem kemusnahan

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 9 SEPT: Jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) bertindak lari menyelamatkan diri selepas Taufan Irma melanda Florida.

Lebuh raya di Florida mengalami kesesakan teruk kerana jutaan penduduk ingin keluar menyelamatkan diri daripada Taufan Irma, lapor Agensi Berita Antarabangsa CNN.

Keadaan genting itu seperti gambaran filem hollywood mengenai kemusnahan Amerika yang sering dipaparkan dalam filem dihasilkan mereka seperti Deep Impact, The Independence Day dan Armageddon.

Pemindahan besar-besaran dramatik dari South Florida menjadi salah satu pemindahan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, kata pakar meteorologi senior CNN, Dave Hennen.

PindahKawasan Miami-Dade, Broward dan Palm Beach dihuni sekitar enam juta penduduk.

Gabenor Rick Scott memberi amaran kepada para penduduk:

“Apabila angin taufan mula menyerang, tiadak siapa yang dapat menyelamatkan anda.”

Miami bertukar menjadi bandar hantu selepas perpindahan penduduk yang dianggap sebagai perpindahan terbesar dalam sejarah negara itu.

Ia berlaku setelah pakar kaji cuaca menjangkakan Taufan Irma akan melanda Florida Keys dengan kelajuan angin 160 batu sejam.

Senarai penerbangan yang terpaksa dibatalkan di Lapangan Antarabangsa Miami pada Jumaat.

AS sedang bersedia menghadapi bencana itu minggu ini selepas pakar kaji cuaca memberi amaran bahawa Miami sedang berda dalam kedudukan terburuk kerana Taufan Irma masih meneruskan perjalanan dalam laluan kehancuran.

Kira-kira 80 peratus dari kawasan Bahamas terletak hanya tiga kaki di atas air sudah pun dilanda taufan selaju 185 batu sejam dan mengakibatkan 22 orang maut.

 

=EZY=