Categories
SELANGOR

IPD Shah Alam korban 11 lembu

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 SEPT: Sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan dalam satu program bergotong-royong anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi tadi melibatkan lebih 150 warga kerja IPD Shah Alam bagi menyempurnakan ibadah korban sempena Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya melaksanakan program itu setiap tahun yang mana ibadah korban adalah salah satu tuntutan dalam Islam.

“Dalam melaksanakan ibadah itu, daging korban tersebut kita akan agihkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Shah Alam dan Klang temasuklah rumah anak-anak yatim.

“Selain itu, gotong-royong yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara anggota IPD Shah Alam dengan penduduk setempat,” katanya.

=EZY=