Categories
NASIONAL

Jalan Kuching dilanda banjir kilat

KUALA LUMPUR 3 SEPT: Hujan lebat hampir sejam menyebabkan banjir kilat di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, kira-kira jam 6 petang, semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Zamani Ismail berkata pemeriksaan di lokasi terbabit mendapati banjir kilat sudah surut, pada 6.45 petang.

“Hujan lebat bermula antara 5 hingga 6 petang. Menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Batu yang menyebabkan banjir di Jalan Kuching.

“Bagaimanapun, air mula surut 15 minit kemudian dan tiada laluan ditutup berikutan banjir kilat berkenaan,” katanya lapor Harian Metro.

=EZY=