Categories
GLOBAL NASIONAL

Jangan ke Korea Utara sementara waktu

SHAH ALAM, 28 SEPT: Kerajaan mengambil keputusan melarang rakyat negara ini ke Korea Utara ekoran ketegangan yang memuncak di rantau itu susulan ujian peluru berpandu yang dijalankan, baru-baru ini.

Peluru Korea Utara“Keputusan ini dibuat ekoran ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu (Korea Utara).

“Larangan akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal,” kata kementerian luar dalam satu kenyataan media dipetik Malaysia Kini, hari ini.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan sama ada warga Korea Utara dibenarkan ke negara ini.

Untuk maklumat lanjut, rakyat diminta menghubungi kementerian luar di talian +603-8000 8000 (waktu pejabat) dan +603-88874570 (selepas waktu pejabat).

Malaysia secara tradisinya mengekalkan hubungan mesra dengan Korea Utara walaupun negara itu dipinggirkan sebahagian besar negara maju.

Malaysia antara 21 negara yang diberi status visa percuma oleh Korea Utara dan salah satu dari 24 negara yang mempunyai pejabat kedutaannya, di Pyongyang