Categories
GLOBAL

Korea Selatan lancar peluru berpandu balistik simulasi serangan

GLOBAL 5 SEPT: Tentera Korea Selatan melancarkan sejumlah peluru berpandu balistik semalam dalam simulasi serangan ke atas tapak ujian nuklear Korea Utara, kata Seoul.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan gambar menunjukkan peluru berpandu jarak dekat, Hyunmoo dilancarkan ke udara pada waktu subuh dari lokasi pelancaran di pantai timur Korea Selatan.

Pihak berkuasa turut menyiarkan rakaman memaparkan jet-jet perang F-15K milik Korea Selatan melepaskan bedilan peluru berpandu udara ke darat.

Semua senjata tersebut tepat mengenai sasarannya di Laut Timur, kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

hyunmoo-2_1499246472Latihan tentera itu merupakan amaran keras terhadap Korea Utara kerana meĀ­lakukan ujian nuklear keenam, tambah kenyataan sama.

Jarak sasaran simulasi itu pula menyamai jarak tapak ujian nuklear Korea Utara di Punggye-ri kelmarin.

=EZY=