Categories
SELANGOR

LZS: Henti sebar maklumat tidak benar

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan maklumat bantuan pendidikan RM400 diberikan kepada ibu bapa mempunyai tiga anak bersekolah, seperti tersebar dan tular melalui aplikasi WhatsApp.

Institusi itu dalam kenyataan berkata, bantuan pendidikan itu sebaliknya disalurkan kepada anak asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan LZS.

“Bantuan itu meliputi anak asnaf di peringkat sekolah rendah hingga institusi pengajian tinggi.

“Sehubungan itu, LZS memohon semua pihak supaya tidak terus menyebarkan maklumat yang sedang ditularkan,” katanya.

LZS berkata, sebarang kenyataan rasmi institusi itu dikeluarkan melalui laman sesawang www.zakatselangor.com.my atau Facebook rasmi Zakat Selangor.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.