Categories
SELANGOR

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Kerajaan Negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PUTRAJAYA, 27 SEPT: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Kerajaan Negeri bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan data 136,000 pengundi yang didakwa dimusnahkan.

Keputusan berkenaan dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim, Tan Sri Tun Md Raus Sharif, di Istana Kehakiman, pagi ini.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri dalam sidang media pagi ini memaklumkan akan membuat semakan kehakiman bagi lanjutan pengurusan kes berkenaan.

Perkara itu dinyatakan Peguam, Latheefa Koya sebagai halangan kebenaran bagi proses laporan persempadanan baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diteruskan.

“Pastinya kami tidak gembira dengan keputusan ini, namun masih ada langkah lain memandangkan terdapat permohonan di peringkat Mahkmah Tinggi.

“Ini termasuk proses injuksi sebagai halangan kepada SPR untuk tidak meneruskan laporan persempadanan baru kepada Perdana Menteri untuk diluluskan di Parlimen.

CP2A6663-1280x853“Perkara ini berkait proses ‘inquiry’ yang masih belum dilakukan di Selangor tetapi pada masa sama, SPR sedang merayu terhadap keputusan injuksi dan ia ditetapkan, pada 30 Oktober ini,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan, memutuskan SPR tidak perlu menyediakan daftar pemilih yang digunakan semasa persempadanan semula, pada 1994 dan 2003.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri meminta mahkamah memerintahkan SPR mengemukakan dokumen digunakan dalam persempadanan semulanya.

Antara dokumen diminta Selangor ialah alamat 136,272 pengundi dan dokumen asal yang digunakan untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi dan aplikasi perisian komputer, Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang digunakan dalam persempadanan semula di Selangor.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut memfailkan  permohonan injunksi SPR menjalankan siasatan berhubung persempadanan semula di Semenanjung sehingga kesnya diputuskan mahkamah.