Categories
SELANGOR

MBI Selangor komited jayakan agenda Kerajaan Negeri

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI Selangor) komited untuk memastikan  kejayaan pelaksanaan program Smart Selangor, projek perumahan rakyat dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor, Soffan Affendi Aminudin berkata,  menjadi tanggungjawab MBI Selangor memberi yang terbaik kepada rakyat bagi memenuhi aspirasi negeri berkebajikan yang diperjuang Kerajaan Selangor.

“Kami di MBI Selangor memohon kepada rakyat untuk terus bersama menyokong kami supaya usaha ini diberkati dunia dan akhirat,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata demikian ketika Majis Jamuan Ringan sempena sambutan Ulang Tahun Sambutan MBI Selangor ke-23, di Bangunan Darul Ehsan, di sini, hari ini.

Kira-kira 1,000 warga kerja Bangunan Darul Ehsan dan anak-anak syarikat MBI Selangor menyertai jamuan ringan berkenaan.

Soffan berkata, jamuan istimewa itu dianjur bagi meraikan komitmen warganya selain mengeratkan silaturahim antara kakitangan.

“Kami juga berharap semua rakyat dapat mendoakan kejayaan program MBI Selangor dan anak syarikat.

“Doakanlah agar segala usaha ini juga diberkati Allah dunia dan akhirat,” katanya.

=EZY=