Categories
SUKANKINI

ARRC: Azlan mahu tebus aksi hambar di Indonesia

SHAH ALAM 21 SEPT: Azlan Shah Kamaruzaman tekad kembali ke podium bagi mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu SuperSports 600cc pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, minggu ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu jelas kecewa selepas prestasi kurang memberangsangkan sewaktu pusingan keempat di Litar Sentul, Indonesia selepas sekadar menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ketujuh dan kedudukan kesembilan dalam Perlumbaan 2.

Namun juara keseluruhan musim 2013 itu masih berupaya menjarakkan diri di tangga teratas dengan mengumpul 118 mata, 20 mata mengatasi Taiga Hada yang berada di kedudukan kedua.

“Pada tahun 2013, saya muncul naib juara dalam kedua-dua perlumbaan sewaktu kali terakhir perlumbaan ARRC berlangsung di litar ini. Namun suasana ketika itu agak berbeza.

SHZ_3156“Tahun ini saya menggunakan jentera berbeza. Dunlop juga memperkenalkan tayar baharu di sini. Mungkin ini akan dapat membantu saya untuk lebih pantas.

“Saya mahu mencari bekalan selesa sebelum pusingan terakhir di Thailand Disember nanti,” katanya.

=EZY=