Categories
KENYATAAN MEDIA SELANGOR

Penutupan keseluruhan Jambatan Buloh Jalan Teluk Intan- Klang FT–5/476/50

Untuk makluman berdasarkan kepada pemeriksaan awalan yang telah dijalankan oleh Bahagian Jalan, JKR Kuala Selangor yang telah dilaksanakan pada 15/09/17 mendapati Jambatan Buloh FT005/476/70 mengalami kegagalan struktur jambatan.

Pengesyoran supaya kedua-dua Lorong ditutup bagi mengurangkan risiko runtuhan jambatan berlaku.

Penutupan akan bermula dari simpang Jalan Rancangan Api-api sehingga berdekatan hadapan Hospital Bersalin Metro berkuatkuasa pada 16/09/2017 jam 6.00pm sehingga ke tempoh masa yang akan dimaklumkan kelak.

Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif seperti berikut:-

Dari Kuala Selangor ke Klang / Klang ke Kuala Selangor

1. Melalui Jalan Persekutuan FT05 (Pekan Kuala Selangor) – Jalan Rawang – Bukit Badong (B35) -Jalan Persekutuan FT54 -Jalan Persekutuan FT05 (Assam Jawa)

21433252_1325252860918334_1830565716581747262_n

2. (Kenderaan Ringan Sahaja) Melalui Jalan Persekutuan FT05 (Pekan Sg Buloh) – Jalan Rancangan Api-Api-Jalan Cengal (Jalan Perumahan) -Jalan Perusahaan 2 (Jalan Perumahan- Balai Polis K. Sel ) -Jalan Persekutuan FT05 (Pekan Kuala Selangor)

 

3. (Kenderaan Ringan Sahaja) Melalui Jalan Persekutuan FT05 (Pekan Kuala Selangor) – Jalan Rawang – Jalan Kelab atau Jalan Teluk Piai Kanan -Jalan Persekutuan FT54 -Jalan Persekutuan FT05 (Assam Jawa)

Sebarang pertanyaan mengenai penutupan ini boleh dirujuk ke JKR Daerah Kuala Selangor melalui talian; 03-3289 1040 / 1173 / 2566

1. En Muhammad Yusri Bin Hamid
Jurutera Daerah
2. Mohamad Naqib Bin Mohamed
Jurutera Jalan
3. En. Yasmen Bin Samsuri
Penolong Jurutera Kanan

Jambatan Buloh
Assam Jawa, 45000 Kuala Selangor
https://goo.gl/maps/hyesErwaSeo
Lokasi penutupan jalan

Sebarang kesulitan amat dikesali.
#infrarakyat

21728074_1325252810918339_1389445047447340180_n

 

21728525_1325252957584991_6573824723800023814_n

 

21730798_1325252857585001_2151021546607249511_n

 

21730958_1325252824251671_8118766091260623596_n