Categories
SELANGOR

Raja Muda Selangor rasmi SIE 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 SEPT: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat merasmikan Selangor International Expo 2017 (SIE2017), di sini, hari ini.

Turut mengiringi, Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris.

Ini merupakan kali pertama SIE disempurnakan Raja Muda Selangor selepas SIE2015 dan SIE2016 dirasmikan pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri.

SIE2017 adalah salah satu dari tiga komponen penting Selangor International Business Summit (SIBS) yang julung kali diadakan.

Terdahulu, SIBS membuka tirai dengan penganjuran Selangor Smart City and Future Commerce Convention yang berlangsung dari 7 hingga 9 September lalu.

Ia kemudian disusuli penganjuran Selangor-ASEAN Business Conference yang berlangsung, pada 11 hingga 12 September lalu.

Mula berlangsung hari ini, SIE2017 dibuka bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, sehingga 17 September ini.

IMG_9655