Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.2465/2495 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 6 SEPT: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kelemahan dalam dolar akibat data ekonomi yang lemah dan ketegangan geopolitik di Korea Utara.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan didagang pada 4.2465/2495 berbanding dolar AS 4.2585 / 2615 semalam.

Seorang peniaga berkata, bilangan pekerjaan yang dicipta pada bulan Ogos, pendapatan dan kadar pengangguran yang susut di AS mengurangkan jangkaan dan angka untuk pekerjaan yang dicipta pada Jun dan Julai turut disemak semula.

“Sebarang harapan bahawa dolar dapat meneruskan pemulihannya dengan laporan kerja AS yang menggalakkan, nampaknya terhenti selepas kerugian direkodkan dalam laporan pekerjaan baru-baru ini yang dikeluarkan untuk Ogos,” kata peniaga itu.

RINGGIT (NEW)Nota tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1397 / 1434 daripada penutup Selasa pada 3.1416 / 1455 tetapi menyusut nilai berbanding yen kepada 3.9077 / 9115 daripada 3.8926 / 8964.

Unit tempatan melemah berbanding pound Britain kepada 5.5357 / 5401 daripada 5.5054 / 5105 semalam tetapi mengukuh berbanding euro kepada 5.0618 / 0671 daripada 5.0595 / 0644, semalam.

SUMBER: BERNAMA