Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia merosot

SINGAPURA 6 SEPT: Harga minyak dunia merosot berikutan permintaan kasar kekal rendah berikutan penutupan loji penapisan selepas taufan Harvey yang melanda pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) pada 10 hari lalu.

Tumpuan pasaran juga beralih akibat taufan Irma, ribut kategori lima, yang mendarat di landasan penghantaran di Caribbean, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Walaupun banyak kilang dan saluran paip terjejas akibat Harvey sebelum ini, ia dalam proses untuk beroperasi semula, dengan penganalisis berkata ia mengambil sedikit masa sebelum industri petroleum AS kembali beroperasi sepenuhnya.

minyak-duniaSehingga semalam, kira-kira 3.8 juta tong kapasiti penapisan harian, atau kira-kira 20 peratus ditutup, walaupun beberapa kilang penapis dalam kumpulan itu sedang dalam proses dibuka semula.

Beberapa yang lain, termasuk Galveston Bay Marathon dan kilang Corpus Christi Citgo, sedang beroperasi pada tahap yang dikurangkan, menurut laporan syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS$48.63 barel pada 0048 GMT, 3 cent di bawah penutup terakhir.

Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent merosot 19 cent kepada AS$53.19 setong.

=EZY=