Categories
SELANGOR

Shah Alam On Wheels Sabtu ini

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 SEPT: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9, di sini, pada 23 September ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataannya berkata, waktu pengoperasian pejabat bergerak bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini juga menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, bayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir,” katanya.

MBSA turut berharap kemudahan itu memantapkan lagi sistem perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan terbabit untuk manfaat masyarakat.