Categories
SUKANKINI

Stadium Shah Alam pilihan perlawanan akhir Piala Malaysia

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 SEPT: Stadium Shah Alam dipilih sebagai ‘venue’ perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 4 November depan.

Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan perlawanan akhir itu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Oktober.

Bagaimanapun, katanya, jadual Liga Malaysia terpaksa dipinda bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Muda ke Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

“Selain itu, pada November ini juga, Stadium Nasional Bukit Jalil juga tidak dapat digunakan kerana sudah ditempah bagi acara lain,” katanya memetik dari laman Facebook FMLLP.

STADIUM SHAH ALAMStadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 tempat duduk penonton itu merupakan stadium kedua terbesar di negara ini menjadikan pemilihan stadium itu sebagai pilihan terbaik ekoran beberapa perlawanan akhir termasuk KL2017 diadakan di stadium itu.

Stadium itu pernah ditutup awal tahun lalu ekoran kerja-kerja pengantian dan penanaman rumput jenis ‘cow grass’ di padang stadium itu.

Penggantian rumput itu membabitkan kos berjumlah RM200,000 dan ia bermula selepas tamatnya perlawanan akhir Piala Malaysia, Disember 2015.

Selain itu, baru-baru ini, bumbung dan infrastruktur stadium itu turut diganti bagi memberi laluan kepada acara bola sepak KL2017.

=EZY=