Categories
GLOBAL

Taufan Maria selaju 257km/jam badai Pulau Dominica

ROSEAU, Dominica 20 SEPT: Taufan Maria menambah kekuatan kepada ribut Kategori Lima ketika ia membadai pulau-pulau di timur Laut Carribean yang belum pulih daripada Taufan Irma.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) berkata, ribut kekuatan maksimum selaju 257 kilometer sejam (kmj) itu membadai Pulau Dominica sekitar jam 9.15 pagi (waktu Malaysia), lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Peningkatan paras air laut, ombak pemusnah, banjir kilat dan banjir lumpur mengancam gugusan Pulau Leeward yang terdiri daripada Pulau Martinique, Puerto Rico, Kepulauan Virgin Amerika Syarikat (AS) dan Kepulauan Virgin British,” kata NHC.

Di Dominica, Perdana Menteri negara itu, Roosevelt Skerrit berkata, bumbung rumahnya terbang ditiup angin dan kediamannya pula digenangi air banjir.

Typhoon Maria“Sungguh teruk,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook sambil menambah, beliau berjaya diselamatkan.

Lapangan terbang dan pelabuhan di Dominica pula ditutup, manakala syarikat air tempatan menutup sistem injap untuk mengelak daripada dima­suki serpihan yang dibawa Taufan Maria.

Sementara itu, Britain, Perancis dan Belanda me­ningkatkan sumber dan persediaan di wilayah masing-masing di Laut Caribbean bagi menghadapi Taufan Maria.

=EZY=