Categories
GLOBAL

Trump mahu Korea Utara ‘dimusnahkan sepenuhnya’

GLOBAL 20 SEPT: Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat mungkin terpaksa ‘memusnahkan sepenuhnya’ Korea Utara kecuali Pyongyang menghentikan cabaran nuklearnya, sambil memperolokkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sebagai “rocket man’ dalam misi membunuh diri.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan bunyi bisikan kedengaran memenuhi ruang dewan Perhimpunan Agung PBB ketika Trump mengeluarkan amaran kerasnya kepada Korea Utara, di mana ujian peluru berpandu balistik dan ujian nuklear yang dilakukan Pyongyang telah menggusarkan masyarakat dunia.

Kecuali Korea Utara berhenti daripada berbuat demikian, katanya, “Kami tidak akan mempunyai pilihan selain menghancurkan Korea Utara sepenuhnya.”

“Rocket man ini adalah dalam misi bunuh diri untuk dirinya dan rejimnya,” katanya.

SLBM Korea UtaraDelegasi Korea Utara ke PBB tidak segera memberi reaksinya ketika diminta mengulas kenyataan Trump itu.

Seorang diplomat muda Korea Utara tetap duduk di kerusi barisan hadapan delegasi mendengar ucapan Trump, kata delegasi Korea Utara ke PBB.

Dalam penampilan pertamanya di perhimpunan tahunan para pemimpin dunia itu, Trump menggunakan ucapannya selama 41 minit itu untuk turut mensasarkan demokrasi Venezuela yang runtuh dan ancaman pelampau Islam. Dia juga mengkritik kerajaan Cuba.

Tetapi kata-katanya yang paling keras ditujukan kepada Korea Utara. Beliau menggesa negara anggota PBB untuk bekerjasama untuk mengasingkan kerajaan Kim sehingga ia menghentikan tingkah laku “bermusuhan”.

Beliau berkata keghairahan Korea Utara terhadap senjata nuklear dan peluru berpandu balistik mengancam seluruh dunia dan nyawa manusia.

Dalam apa yang mungkin dilihat dituju kepada China, rakan perdagangan utama Korea Utara, Trump berkata ada negara yang bukan sahaja berdagang dengan rejim sedemikian tetapi akan membekalkan dan memberi sokongan kewangan kepada negara yang membahayakan dunia dengan konflik nuklear.

=EZY=