Categories
GLOBAL

UNSC mesyuarat tergempar, Jepun kutuk provokasi Korea Utara

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan mesyuarat tergempar, hari ini membincangkan pelancaran peluru berpandu terbaharu Korea Utara merentasi Jepun.

Mesyuarat tertutup itu diadakan atas permohonan Amerika Syarikat dan Jepun pada jam 3.00 petang waktu tempatan.

Pelancaran peluru berpandu terbaharu Pyongyang, awal pagi tadi berlaku selepas UNSC mengenakan lapan sekatan baharu ke atas Korea Utara dalam membendung program senjata nuklear dan peluru berpandunya.

Tentera Korea Selatan berkata, peluru berpandu itu mencapai altitud kira-kira 770 kilometer dan merekodkan jarak kira-kira 3,700 kilometer.

Peluru Korea UtaraPihak berkuasa berkata, ia terbang merentasi Pulau Hokkaido di Jepun sebelum jatuh di Lautan Pasifik, selepas dilancarkan sebelum jam 7.00 pagi tadi waktu tempatan, lapor AFP.

Sementara itu, Jepun menganggap ia provokasi terbaru melampau Pyongyang dan mengutuk keras pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara itu.

Memetik laporan Reuters, Suga berkata, Jepun membantah keras pelancaran terbaru itu dan bakal mengambil langkah sesuai dan tepat pada masanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa sama, Jepun mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan dalam berdepan provokasi baharu itu.