Categories
SELANGOR

285,267 ahli TAWAS berdaftar setakat ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 19 OKT: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) merekodkan 285,597 ahli berdaftar dengan 285,267 masih hidup manakala baki 330 sudah meninggal dunia, setakat hari ini.

Tinjauan SelangorKini di laman rasmi TAWAS juga menunjukkan 128,409 ahli sudah menerima penyata, sementara 156,858 masih belum menerimanya.

Berdasarkan statistik, bangsa Melayu mencatatkan ahli tertinggi dengan 194,377 diikuti Cina (51,659), India (31,509) dan lain-lain (7,722).

Pendaftaran tertinggi diterima, pada 2014 dengan 49,566 berbanding pendaftaran diterima pada tahun pertama, 2008 dengan 23,842 sahaja.

Untuk tahun ini, setakat 19 Oktober, TAWAS menerima 14,850 permohonan namun hanya 9,815 didapati layak.

Diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), TAWAS terbuka kepada kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan permohonan perlu dilakukan sebelum anak berusia tiga tahun.

Pada 17 Ogos 2015, Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor diluluskan bagi memastikan ahli TAWAS menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun.

YAWAS turut memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM1,500 yang akan diberikan kepada waris jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.