Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 09:14am pada 11 Oktober 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Sik dan Baling) dijangka berterusan sehingga awal petang, Rabu 11 Oktober 2017.

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH UNTUK PERAIRAN MALAYSIA-
Dikeluarkan pada pukul 04:32AM, 11 Oktober 2017

Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor Barat, Pahang dan Sarawak (Mukah & Bintulu) dijangka berterusan sehingga pagi, Rabu, 11 Oktober 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SUMBER: MET MALAYSIA