Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di Gombak dan Hulu Langat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 10 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Gombak dan Hulu Langat sehingga jam 8 malam ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan, cuaca buruk itu juga diramal berlaku di kawasan Kampar dan Hilir Perak, Perak; Tanah Tinggi Cameron dan Rompin, Pahang serta Kuala Lumpur.

Kawasan lain adalah Seremban dan Rembau, Negeri Sembilan serta Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak.

Agensi berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Categories
AGENSI SELANGOR

Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 5 petang

SHAH ALAM, 7 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga jam 5 petang ini.

Agensi itu dalam pengumuman di Facebook berkata, daerah terbabit di Selangor adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putajaya; Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan serta Alor Gajah, Melaka.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Selangor diramal alami hujan, ribut petir sehingga 29 Okt

SHAH ALAM, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negeri ini akan mengalami cuaca hujan dan ribut petir mulai hari ini hingga 29 Oktober.

Ketua Pengarah Muhammad Helmi Abdullah berkata negeri lain turut mengalami cuaca sama ialah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, negeri lain dijangka tiada hujan atau mengalami cuaca mendung.

“Keadaan cuaca di Semenanjung masih lembap pada sebelah petang hingga lewat malam, dan dijangka mula berkurangan pada 25 Oktober ini, terutama di Pantai Barat (cuaca bertumpu di pedalaman Semenanjung).

“Keadaan cuaca di Sabah dan Sarawak kekal lembap dalam tempoh ramalan. Hujan juga diramal berlaku di berapa tempat di Labuan,” katanya.

Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran cuaca waspada peringkat kuning, hujan lebat sehingga esok

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka di beberapa negeri, sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis; Kedah; Pulau Pinang; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Kenyataan itu turut memberitahu hujan lebat dijangka di Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman); serta Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), bermula esok hingga Sabtu ini (5 Disember).

Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang juga dijangka melibatkan kebanyakan negeri di pantai barat Semenanjung pada waktu petang sehingga awal malam, dalam tempoh berkenaan.

Negeri yang terlibat ialah Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan pedalaman Pahang serta barat Sabah dan Sarawak.

Kenyataan itu menyebut keadaan itu boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60km/jam dengan ombak mencapai 4.5 meter boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu.

“Keadaan ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan jabatan itu.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Lapan daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga Rabu

SHAH ALAM, 26 NOV: Cuaca hujan dan ribut petir diramalkan di lapan daerah di Selangor bermula hari ini sehingga Rabu depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan itu dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat, Klang dan Sepang.

Sementara itu di Petaling pula dijangka ribut petir di satu dua tempat sehingga hujung November, namun tiada hujan bermula 1 hingga 2 Disember.

Orang ramai boleh membuat semakan lanjut di laman portal https://www.met.gov.my/forecast/weather/district/Ds057.

Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran cuaca waspada peringkat kuning beberapa kawasan Sabah

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah pada hari Selasa dan Rabu ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam kenyataan itu berkata kawasan berkenaan termasuk bahagian Pantai Barat Sabah (Daerah Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud), Kudat, Pendalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan) dan Labuan.

“Angin kencang 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Sabah dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurutnya.

-BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

AMARAN CUACA (BURUK)

Dikeluarkan pada : 07:35am pada 25 November 2017

SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BURUK) – Dikeluarkan pada : 7:30pm pada 23 November 2017 masih berkuatkuasa.

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok & Pasir Puteh), Terengganu dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan & Rompin) sehingga Ahad, 26 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (WASPADA) – Dikemaskini pada : 7:30pm pada 23 November 2017 masih berkuatkuasa.

Hujan berterusan sedang berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai & Gua Musang), Pahang (Daerah Jerantut & Maran) dan Johor (Daerah Mersing & Kota Tinggi) sehingga Ahad, 26 November 2017.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, Perak (Daerah Hulu Perak) dan Sarawak : Bahagian Mukah (Daerah Matu dan Daro), Sibu (Daerah Sibu), Sarikei, Betong, Sri Aman (Daerah Sri Aman), Samarahan, Serian dan Kuching (Daerah Kuching dan Bau) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Sabtu 25 November 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 08:52am pada 13 Oktober 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang,

Perak (Daerah Kerian dan Larut, Matang & Selama),

Selangor (Daerah Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson) dan

Melaka dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat 13 Oktober 2017.

 

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 09:14am pada 11 Oktober 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Sik dan Baling) dijangka berterusan sehingga awal petang, Rabu 11 Oktober 2017.

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH UNTUK PERAIRAN MALAYSIA-
Dikeluarkan pada pukul 04:32AM, 11 Oktober 2017

Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor Barat, Pahang dan Sarawak (Mukah & Bintulu) dijangka berterusan sehingga pagi, Rabu, 11 Oktober 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang

Dikeluarkan pada : 03:46pm pada 08 Oktober 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, P. Pinang (Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim dan Batang Padang),

Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur,

Johor (Daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian), Pahang (Daerah Rompin, Pekan dan Kuantan), Terengganu (Daerah Kemaman),

Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Tambunan), Pantai Barat (Daerah Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang), Kudat dan Sandakan (Daerah Beluran dan Sandakan); dan

Sarawak : Bahagian Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Samarahan, Serian dan Kuching dijangka berterusan sehingga awal malam, Ahad 8 Oktober 2017.

 

Amaran cuaca 8 OKT

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang

Dikeluarkan pada : 02:01pm pada 07 Oktober 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Padang Terap, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang (Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan),

Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang),

Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan, Melaka, Johor (Daerah Tangkak , Muar dan Batu Pahat),

Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang), Pantai Barat (Daerah Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar) dan Kudat; dan

Sarawak : Bahagian Limbang, Kapit (Daerah Song), Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching dijangka berterusan sehingga lewat petang, Sabtu 7 Oktober 2017.

Amaran cuaca 7 OKT
SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 02:59pm pada 01 Oktober 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur,

N. Sembilan (Daerah Jelebu dan Jempol), Johor (Daerah Segamat, Kluang dan Mersing) dan

Pahang (Daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Ahad 1 Oktober 2017.

Amaran cuaca 1 OKT PETANG

 

Dikeluarkan pada : 12:52pm pada 01 Oktober 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Johor (Daerah Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai),

Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Daerah Papar) dan WP Labuan; dan

Sarawak : Bahagian Limbang (Daerah Lawas), Bintulu (Daerah Tatau), Mukah, Sibu, Sarikei dan Betong dijangka berterusan sehingga lewat petang, Ahad 1 Oktober 2017.

SUMBER: MET MALAYSIA

Cuaca Buruk 1 OKT