Categories
KENYATAAN MEDIA

Bagaimana Menteri boleh tak tahu, syarikat dibantu menipu?

Tindakan Tan Sri Noh Omar menghadiri suatu program khas bersama DBI Properties bersama pengarahnya Datuk Nuruliman A. Rahman atau lebih dikenali Boy Iman adalah sangat mendukacitakan.

Sungguhpun kehadiran beliau atas dasar untuk menggalakkan pemain-pemain swasta membina lebih banyak rumah dengan kos yang rendah, tetapi tindakan beliau telah memberi jalan mudah skandal penipuan ini mendapatkan mangsa yang lebih banyak dengan menggunakan kehadiran menteri sebagai lesen.

Manakan tidak, apabila seorang menteri kerajaan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hadir dalan satu acara rasmi syarikat tersebut dan secara tidak langsung orang ramai melihat bahawa syarikat ini seolah-olahnya diikitraf kerajaan.

Jumlah kerugian yang dihadapi mangsa melalui skandal penipuan ini seperti yang dilaporkan http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/04/property-boss-held-over-rm62mil-fraud-cops-dbi-properties-offered-houses-belowmarket-price-but-they/ mencecah RM6.2 Juta melalui dua syarikat yang berkenaan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Mangsa-mangsa kebanyakannya adalah daripada rakyat berpendapatan sederhana bawah dan rendah.

Justeru, Tan Sri Noh Omar selaku Menteri KPKT perlu bertanggungjawab dan tampil kehadapan sekali lagi dengan memohon maaf kepada orang ramai kerana kesilapan tindakan beliau atas kekurangan maklumat dan secara tidak sengaja mempromosi syarikat tersebut dengan kehadiran beliau dalam suatu majlis rasmi syarikat tersebut.

 

OLEH: Mohd Ammar Atan, Pengerusi, Biro Perumahan Pemuda AMANAH Nasional