Categories
EKONOMI

Brent kekal atas AS$60 satu tong

SINGAPURA 31 OKT: Harga minyak stabil pagi ini disokong usaha pemotongan bekalan yang diterajui OPEC, sungguhpun ada prospek peningkatan dalam pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat (AS).

Brent didagangkan pada AS$60.84 satu tong pada 0027 GMT. Ia di bawah paras penutup sebelum ini, tetapi masih hampir kepada paras tertinggi yang dicapai sejak Julai 2015, lapor REUTERS.

West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada AS$54.04 satu tong, 11 cent lebih rendah berbanding penutup sebelum ini tetapi menghampiri paras tertinggi sejak Februari.

Pedagang berkata, sentimen bulis memacu harga Brent melepasi AS$60 satu tong, dipacu usaha pemotongan bekalan diterajui OPEC dan Russia.

Pakatan itu akan berterusan sehingga Mac 2018, tetapi Arab Saudi dan Russia menyokong melanjutkan pakatan itu.

=EZY=