Categories
PBT SELANGOR

Dato’ M Nasir warnai PJ Fair 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 29 OKT: Orang ramai dipelawa untuk memeriahkan PJ Fair 2017 bertemakan Folklore Festival di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, pada 4 dan 5 November ini.

Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Johary Anuar berkata, festival edisi kelima itu juga bakal menampilkan artis ternama tanah air seperti Dato’ M Nasir, Ameng Spring dan Kaka Azraff.

“Festival ini membawa hala tuju untuk menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat di Petaling Jaya dan Malaysia untuk kehidupan yang lebih sihat, harmoni, sejahtera dan berbudaya.

“MBPJ yakin ia mampu menaikkan lagi nama dan mempromosi Petaling Jaya di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pada tahun ini, PJ Fair bakal dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan
daripada bandar antarabangsa di bawah Program Sister City.

Antaranya Bandar Bandung (Indonesia), Bandar Miyoshi, Saitama (Jepun), Bandar Asan dan Bandar Seongbuk-Gu (Korea Selatan) dan Singapura.

Aktiviti lain termasuk ‘Urban Dance and Zumba’, ‘Flea Market’, ‘Foodgasm’, persembahan kebudayaan dan buskers.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ikuti laman sosial MBPJ dan PJKITA (facebook, twitter dan instagram) atau layari www.pjkita.my.

Mereka juga boleh hubungi Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ di talian 03-79563544.

=EZY=