Categories
NASIONAL

Fasa peralihan monsun bermula, waspada impak hujan lebat

SHAH ALAM, 5 OKT: Negara memasuki fasa peralihan monsun bermula esok dan dijangka berterusan hingga awal November depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) dalam kenyataannya hari ini memberitahu, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan lemah.

“Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terhadap impak ribut petir yang kerap berlaku semasa fasa peralihan monsun seperti hujan lebat, angin kencang dan petir,” jelasn kenyataan itu.

Lazimnya, kejadian hujan lebat dan ribut petir setempat dalam jangkamasa singkat serta angin kencang lebih kerap berlaku terutamanya pada petang dan malam di kebanyakkan kawasan negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak.

Maklumat terkini berkaitan cuaca boleh diperolehi melalui web MMD: www.met.gov.my, aplikasi mobil-mycuaca, facebook: malaysiamet, twitter:@malaysiamet atau MMD Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638)