Categories
GLOBAL

Gelaran Oxford ditarik, potret diturunkan

BRITAIN, 5 OKT: Gelaran ‘Freedom of Oxford’ yang diberikan kepada Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi ditarik balik.

Datuk Bandar Oxford, Bob Price mengatakan Suu Kyi ‘tidak bersuara secukupnya’ mengenai penindasan etnik Rohingya di Myanmar, lapor Telegraph.

Gelaran tersebut diberikan pada Suu Kyi pada 1997 ketika beliau masih berada dalam tahanan politik tentera Myanmar.

Sementara itu, Kolej Universiti St. Hugh’s juga menurunkan potret Suu Kyi digantung berhampiran pintu masuk universiti berkenaan sejak 1999.

Potret Suu Kyi yang merupakan bekas pelajar St. Hugh’s tersebut dimiliki oleh Michael Aris yang juga merupakan bekas pelajar universiti sama.

St. Hugh’s bagaimanapun tidak memberi sebab mengapa potret Suu Kyi diturunkan.