Categories
SELANGOR

Kerja tambah baik perkhidmatan air di Klang selesai

 

SHAH ALAM, 26 OKT: Kerja pengantian perkakasan sistem agihan air di Leboh Sungai Keramat 13, Jalan Haji Sirat, Klang selesai dan bekalan air ke kawasan terlibat pulih sepenuhnya sejak 12.30 malam, semalam.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kerja pengantian perkasakasan itu bagi memastikan bekalan air berterusan kepada semua pelanggannya.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat dan komuniti di atas kerjasama dan kesabaran sepanjang kerja-kerja penggantian ini,” katanya.

Untuk maklumat mengenai perkhidmatan air Syabas boleh merujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”.