Categories
SELANGOR SUKANKINI

KJL FC juara Piala Amirudin Shari

OLEH HAFIZAN TAIB

BATU CAVES, 2 OKT: KJL FC menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9’S Piala Amirudin Shari selepas mengalahkan Otai FC, 1-0 dalam perlawanan akhir di Padang Bola Sepak, Kampung Baru, di sini, semalam.

Kemenangan itu melayakkan KJL FC merangkul piala pusingan dan iringan serta medal termasuk wang tunai RM1,500.

Manakala Otai FC mendapat medal dan RM1,000 diikuti pemenang ketiga, AMK Gombak FC serta keempat, Kobis FC, masing-masing menerima medal dan RM600.

Amirudin selaku Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan juga Ahli Dewan Negeri Batu Caves menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sebanyak 32 pasukan tempatan dari DUN Batu Caves menyertai kejohanan buat kali pertama itu.

Ia dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat Batu Caves, Penggerak Belia Tempatan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jawatankuasa Penduduk Zon 9.