Categories
NASIONAL

Kes bunuh Jong-nam: 2 wanita mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM 2 OKT: Dua warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Jong-nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas.

Mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi 13 Februari lalu.

Lebih 100 warga media tempatan dan luar negara berkumpul sejak jam 6 pagi tadi dengan terdapat sebilangan mereka berada di perkarangan mahkamah seawal 1.30 pagi.

Sementara itu peguambela dalam kes pembunuhan itu membangkitkan isu nama empat rakyat Korea Utara yang tidak disenaraikan dalam kertas pertuduhan pada hari pertama perbicaraan.

Jong namMereka mahu pindaan kepada kertas pertuduhan dibuat dengan memasukkan nama-nama itu.

Pihak mahkamah hanya menyediakan 20 tempat duduk kepada media sementara jurugambar dan jurukamera tidak dibenarkan masuk ke kawasan lobi.

Kawalan di sekitar kompleks mahkamah diperketatkan dengan kehadiran ramai anggota polis.

Konvoi yang membawa Doan dan Siti Aisyah yang memakai jaket kalis peluru berwarna gelap tiba tepat jam 8 pagi.

=EZY=